Berpegang kepada prinsip "First Impression Counts", seharusnya para calon tidak memandang remeh kepada cara susunan sijil untuk temuduga. Hal ini kerana susunan yang kemas, betul dan teratur akan memudahkan penemuduga justeru dapat menggambarkan diri kita yang sebenarnya kepada mereka.
Sebaiknya semua dokumen disusun di dalam Clear Folder mengikut senarai dibawah.
1. CV/Resume anda yang terkini.
2. Dokumen Asal:
Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil SPM
Sijil STPM
Sijil Diploma
Transkrip Diploma
Sijil Ijazah Sarjana Muda
Transkrip Ijazah Sarjana Muda
Sijil Ijazah Sarjana
Transkrip Ijazah Sarjana
Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negara)
Sijil/Surat Keterangan Ko-Kurikulum (Penemuduga hanya akan menilai sijil mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti)
Dokumen lain yang berkaitan
3. Salinan fotostat (yang telah disahkan). Ingat, salinan fotostat yang belum disahkan adalah tidak bernilai.
Sampai disini sahaja panduan dari saya. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk bersedia bagi menghadapi temuduga. All the best!
No comments:
Post a Comment