Thursday, 27 August 2015

Contoh Surat Rasmi Permohonan Diskaun Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak

Ally Bender,
No. 123,
Kampung ABC,
94300 Kuching,
Sarawak.

_________________________________________________________________________________________

Yayasan Sarawak,
Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak,
Lot 4784, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya,
P.O Box 3281,
93050 Kuching,
Sarawak.                                                                                                                                                             1 Januari 2015

Tuan,

Memohon Kemudahan Diskaun Bagi Jumlah Keseluruhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Yayasan Sarawak

Nama:             Ally Bender
No. K/P:          xxxxxx-xx-xxxx
ID Pinjaman:  xxxxxx

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa saya adalah bekas pemegang pinjaman pelajaran YAYASAN SARAWAK di UNIVERSITI xxxx. Jumlah pinjaman saya adalah RM20, 000.

3.         Selaras dengan peruntukan perjanjian pinjaman pelajaran, saya layak memohon kemudahan diskaun bagi jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman kerana berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh tajaan dengan memperolehi diploma dengan CGPA 3.50.

4.         Berserta dengan ini saya lampirkan salinan transkrip rasmi dan salinan diploma.

5.         Diharap pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan ini. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan dalam perkara ini amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



………...…………
(ALLY BENDER)

No. K/P: xxxxxx-xx-xxxx

1 comment:

  1. Thank you for the example sheet, appreciate it so much!

    ReplyDelete