Thursday, 27 August 2015

Contoh Surat Rasmi Permohonan Pengecualian Bayaran Bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama PTPTN

ALLY BENDER,
NO. 123,
KAMPUNG ABC,
94300 KUCHING,
SARAWAK. 

Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik,
Bahagian Pinjaman Pelajar,
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Lot G2, Tingkat Bawah, Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.                                                                                                20 MEI 2015

Tuan,

Memohon Pengecualian Bayaran bagi Ijazah Kepujian Kelas Pertama

Merujuk kepada perkara di atas, saya, ALLY BENDER, No KP: xxxxxx-xx-xxxx graduat dari UNIVERSITI xxxx ingin memohon pengecualian bayaran bagi ijazah kepujian kelas pertama.

Untuk pengetahuan Tuan, saya menamatkan pengajian saya dalam SARJANA MUDA xxxx di UNIVERSITI xxxx dengan PNGK 3.50. Lampiran yang disertakan bersama dengan surat ini adalah salinan ijazah dan salinan transkrip yang telah disahkan oleh penolong pendaftar dari Bahagian Akademik.

Untuk memudahkan rujukan oleh Tuan, saya menyertakan bersama nombor rujukan PTPTN iaitu PTPTN/SPP/x/20xx/0x/xxxxx.

Saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan atas jasa baik Tuan. 

Sekian.

Yang benar,

____________
(ALLY BENDER)



1 comment:

  1. columbia titanium boots - Titanium-Arts
    Titanium-Arts offers titanium wedding rings a custom-tailored and premium quality titanium metal fabric, designed sunscreen with zinc oxide and titanium dioxide for a wide titanium pickaxe terraria range of apparel. titanium athletics

    ReplyDelete